Semakin dewasa.
Semakin banyak cerita.
Banyak benda tak dapat nak luah depan mata.
Bila bersuara, keadaan jadi keruh.
Bila diam, makin hati terluka.
Jadi, selamat datang ke ruang luahan hatiku yang tak bertapis.
Kau datang nak tahu cerita.
Bila dah baca, kau tahu hati aku membara nak berkata?
Tapi, jiwaku berlawan dengan rasa sabar.
Yang membakar diri aku. Dari dalam. Sedikit demi sedikit.
Kerana orang tak melihat waktu kita sabar.
Tapi, orang cuma nampak waktu kita jadi kurang ajar.

